Thursday, February 28, 2008

Lu suka BIRU or NOT..


Soalan Licik, Jawapan Cerdik...

( Semua jawapan telah disediakan cuma... ..........SELAMAT MENCUBA)



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.

Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan
tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian
kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3
dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu
Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan
diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9



Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri,
boleh tak saya ajukan pada Abu?".

Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?








Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?








Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?








Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.








Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.








Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu



Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.








Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.








Abu: Cincin perkahwinan



Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.








Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnyatajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.








Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?








Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you don't get it you have to use your hand.









Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?









Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?








Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata

"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran biru.....hehehe

Fakta Menarik...


1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang
menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah'flutterby' ..

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan
ketika anda menggunakan flush tandas.

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk -
penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali
dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang
fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik
minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita

Aku dah Officeku ep 2


MENTARI MUNCUL LAGI....

Hait... watashi... budak nakal ro... mauuu... ahhh.. apa aku terkenan cakap jupun neh.. tulah.. byk sgt tgk si NABIL tuh.. ashiroo... isshhh.. ada lagik...


Bahagia.. heheh.. setelah berbulan2 jadik target boss kat opis neh.. akhirnyer aku bahgia.. kenapa bahgia.... sebab bozz gua g outstation... bagus2... leh mai lambat.. leh balik awai.. hehhee..

Ucuk-ucuk.... dengki toll la.. dia pun nak hepi gak..

Sunday, February 24, 2008

Aku dan Officeku


Alkisah.. taiiyib... alkisah maka tersebutlak kisah.. tayyibbb... adoi.. datang keje.. wat keje.. balik.. datang keje.. wat keje.. balik... datang keje.. lepak.... balik... tu lah keje2 yang ada kat tempat keje.. lepak itu keje beb... ke keje itu lepak... malas nak pk plak... sibuk la budak kat tepi gua neh.. datang bu**n kot... tapi dia cakap dah lepas... haa. tulah.. itulah masalah kat tempat keje..

Boss besar soh p sg petani.. tapi cam malas jerrkk... sg petani punyer spital dah nak *live dah ujung minggu neh.. adoiii.. malassssss....... ghasa cam nak tegakkan jer bulu ketiak gua neh.. malasssss...

ps:- gambar diatas tiada kaitan dengan criter gua neh

Tuesday, February 19, 2008

1st Time Blog

20 Feb 08... 1.45 pm

Atoi... apa aku nak buat ari nih.. keje punyer bertimbun... ehh.. silap.. berselerak... just nak kena ada formula untuk menimbunkan dia.. susun cantek2...baru buat keje secara teratur... boss pun suka..

Arghhhh.. tatau nak tulis........