Monday, March 31, 2008

Memang best... tapi kalau terbalik...


Lega rasanya...

Before marriage.....

-------------------------------------------
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
---------------------------------------------
After marriage.... Simply read from bottom to top.

Sunday, March 30, 2008

Gelak kasik patah urat kentut...

di workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus-sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, "Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?" Gadis itu mejawab "Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru." Gadis itu menambah bahwa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas, dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta
ini?". Gadis itu menuding dan berkata,"Sudah tentu lah, itu dia bendanya....."













Salahkan gadis itu??

L: Change the world!


Boleh laaa....

Citer sambungan dari Death Note 2. Gua leh sengalkan diri g tgk sensorang hari sabtu lepas.. gua menang tiket pree dari ANIMAX.. thanks to ANIMAX... ingatkan show malam ka.. rupenyer2.. kol 11 pg.. tiket dpt 2.. hahaa.. gua masuk dua tiket utk sorang... ahaks..

Citer agak best gak.. ngan gelagat lucu tingkah laku si L.. hahaha.. mmg lawak nak mampus.. ada ka tekan keyboard satu persatu.. pehtu pegang benda ngan cara yg paling sopan pernah aku tgk.. nak tau camne.. kowang tgk la sendiri...

Abih je citer tuh... aku bleh g tgk memember layan paintball kat TANAHMERA.. sume tanyer mana si GOKU... aku cakap takleh bawak.. koz makcik dia ada kat umah.. hahhahahaha...


Wednesday, March 26, 2008

Fakta PAHA



Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Seimbang


Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat


Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.


3. Tinggi


Punggung
tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.


4. Besar


Pemilik punggung dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ‘no problem’. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.


5. Rata


Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Cara jawap tepon yang agak-agak betul..




Cara Menjawab Telefon Untuk Yang BetuL(Lu PK la sendiri)

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!.
.terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Gaya Makan


Sape punyer nehh!!!!

Perhatikan

gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan.....dan cinta korang....erk ?

Hak SAPER????


Satu Harapan... Satu Kenyataan...


Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka.
mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... .
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab,"saya yang mengandungkan anak tu.saya yang melahirkan anak tu.dia keluar dari perut saya"

Kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu, kamu yang patut bela"

"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine,
pastu saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..
air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi, "hak kamu le.."

jantan tu kata lak,"hah! sama le kes ni pun... Kan tuan, kan... kan? "

Monday, March 24, 2008

BILA SUAMI MAKAN LUAR


Besh giler makan LUAR
Bila Suami Makan Luar

Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Lina, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Lina, dia merasa simpati melihat Lina ni asyik menangis dan cuba nak menasihati beliau. Lalu dia bertanya kepada si Lina
"Apa kena ngko Lina, menangis teresak-esak ni?"
Lina pun jawab, "Bang Azhar tu haaa.. Lina dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Lina, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Lina!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Lina, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! Lelaki sekarang memang hampehhhhh!!! " Berapi betul mulut Kak Jah.
Lina yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain. Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakanlah bekal nestum untuk lunch dia. Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu. Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia. Tu yang Lina marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Lina?? Errrrr... oklah Lina, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. "
Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.
MORAL OF THE STORY
Jangan cepat melemparkan tuduhan sebelum menyelidik secara menyeluruh. Kekadang kita ni mudah sangat nak buruk sangka dengan orang lain hanya kerana kita kerap memandang rendah terhadapnya. Itu yang sikit sikit, kita suka menuduh nuduh yang bukan bukan.
Dalam hubungan suami isteri, janganlah kita suka membanding bandingkan siapa lebih banyak "buat kerja" dalam keluarga. Sebenarnya kedua dua orang perlu mainkan peranan masing masing.
Mana-mana sikap tak elok tu, perlu diperbaiki dan kurangkan membuat alasan bila ada kekurangan atau kehendak tak dipenuhi. Sebagai contoh, kita mengeluh pasangan kita tak menghargai kita. Tapi bila direnung balik, kita sendiri pun tak pernah nak menghargai pasangan kita. Mencari kesalahan dia, banyak lah!
Bila ada kekurangan, sikit sikit kita nak persalahkan pasangan kita, macam mana lah pasangan tak makan hati?
Perasaan cinta sahaja tak cukup untuk membahagiakan sesuatu hubungan perkahwinan. Sama-samalah kita berusaha membahagiakan pasangan kita.

.

Tuesday, March 18, 2008

Bau Bangla...

Burung Kakak Tua

Sekadar gambar hiasan..

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



Muntah-muntah

Adoiii....

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh ...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.


ANAK DAN BAPA


Ingat tau.. ..

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menja wa b pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington .
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! L ain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

30 Real Feelings of Girls (Act And ReAct)


Terlebih pandai.......


1. When a girl says she's sad, but she isn't crying, it means she's crying in her heart.

2. When she ignores you after you've done something wrong, it's best to give her some time to cool down before touching her heart with an apology.

3. A girl can't find anything to hate about the guy she loves (which is why it is so hard for her to 'get over him' after the relationship's over.)

4. If a girl loves a guy, he will always be on her mind every minute of the day, even though she flirts with other guys.

5. When the guy she likes smiles and stares deep into her eyes, she will melt.

6. A girl likes to hear compliments, but usually not sure how to react to them.

7. When a particular guy flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. So if you treat a girl just as a friend, go easy on the smiles and stare ok?

8. If you don't like a girl who likes you, break it to her gently.

9. If a girl starts avoiding you after you reject her, leave her alone for a while. If you still treat her as a friend, talk to her.

10. Girls enjoy talking about what they feel. Music, poetry, drawings and writing are ways of expressing themselves (which explains why most girls like writing journals).

11. Never tell a girl that she is useless in anyway.

12. Being too serious can turn a girl off.

13. When the guy she likes calls her for the first time, the girl may act uninterested during the call. But as soon as the phone is back on the hook, she will whoop with joy and immediately start telephoning her friends to spread the news.

14. A smile means a lot to a girl.

15. If you like a girl, try making friends with her first. Let her get to know you.

30 Real Feelings of Girls (Act And ReAct)

16. If a girl says she can't go out with you because she has to study, leave.

17. But if she still calls you or expect a call from you, stay.

18. Don't try to guess a girl's feelings. Ask her.....

19. Hearing the words "I love you" is a great reassurance to a girl that she is beautiful.

20. After a girl falls in love with a guy, she'll wonder why she never noticed him before.

21. If you need tips on how to flirt with a girl, read romance stories.

22. When class pictures come out, a girl would first check who is standing next to her crush before actually looking at herself.

23. A girl's ex-crush will always be in her memory, but the guy she loves now stays in her heart.

24. Girls love having fun!

25..... A simple 'Hi' can brighten a girl's day.

26. A girl's best friends usually know best what she is feeling and going through.

27. Girls hate it when a guy pays attention to them just to get close to their 'prettier' friend.

28. Love means devotion, caring and happiness to a girl, in that order.

29. Some girls care about looks, some care about brains, but ALL girls want a guy who will love and care for them.

30. Girls want nothing more than to feel loved.

Burger yang best


Tak baik tau...



Soalan: Siapa yg mula2 buat burger? Org Melayu ke Org Putih?

Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula2 buat Burger Dale (Begedil)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?

Jawapan: Burger Rack (Bergerak)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?

Jawapan: Burger Tar (Bergetah)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh didengar?

Jawapan: Burger Ma (Bergema)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh mencederakan?

Jawapan: Burger Load (Bergelut)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?

Jawapan: Burger Gar (Bergegar)



Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg buat kite ketawe?

Jawapan: Burger Luck (Bergelak)