Monday, March 24, 2008

BILA SUAMI MAKAN LUAR


Besh giler makan LUAR
Bila Suami Makan Luar

Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Lina, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Lina, dia merasa simpati melihat Lina ni asyik menangis dan cuba nak menasihati beliau. Lalu dia bertanya kepada si Lina
"Apa kena ngko Lina, menangis teresak-esak ni?"
Lina pun jawab, "Bang Azhar tu haaa.. Lina dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Lina, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Lina!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Lina, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! Lelaki sekarang memang hampehhhhh!!! " Berapi betul mulut Kak Jah.
Lina yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain. Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakanlah bekal nestum untuk lunch dia. Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu. Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia. Tu yang Lina marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Lina?? Errrrr... oklah Lina, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. "
Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.
MORAL OF THE STORY
Jangan cepat melemparkan tuduhan sebelum menyelidik secara menyeluruh. Kekadang kita ni mudah sangat nak buruk sangka dengan orang lain hanya kerana kita kerap memandang rendah terhadapnya. Itu yang sikit sikit, kita suka menuduh nuduh yang bukan bukan.
Dalam hubungan suami isteri, janganlah kita suka membanding bandingkan siapa lebih banyak "buat kerja" dalam keluarga. Sebenarnya kedua dua orang perlu mainkan peranan masing masing.
Mana-mana sikap tak elok tu, perlu diperbaiki dan kurangkan membuat alasan bila ada kekurangan atau kehendak tak dipenuhi. Sebagai contoh, kita mengeluh pasangan kita tak menghargai kita. Tapi bila direnung balik, kita sendiri pun tak pernah nak menghargai pasangan kita. Mencari kesalahan dia, banyak lah!
Bila ada kekurangan, sikit sikit kita nak persalahkan pasangan kita, macam mana lah pasangan tak makan hati?
Perasaan cinta sahaja tak cukup untuk membahagiakan sesuatu hubungan perkahwinan. Sama-samalah kita berusaha membahagiakan pasangan kita.

.

No comments: