Monday, April 28, 2008

Susahnyerrr

Ada org yg punya byk harta, byk duit..namun masih tidak pernah merasa nikmat bahagia dn ketenangan. Masih terasa jiwanya kosong, mati. Demi mncari bahagia, mrk kena bayar. Nak hiburkn hati, gi disko..gi tgk wayang..gi main bowling. Sume tu sbb nk hiburkn hati kan??Tapi benarkah bahagia?Benarkah itu kebahagiaan hakiki> Lama2 terasa kosong tiada erti apa2. Kelam.

Tapi, pernahkh terfikir knapa org pergi masjid ramai2. Walau xkena bayar, mrk pergi juga bersolat. Pergi kuliah agama, free je..kenapa mrk pergi. Pastinya ada kebahagiaan disitu. Pastinya ada ketenangan disitu. Free..nikmat ketenangan & kebahagiaan yg hakiki hadiah dr Allah.Tak perlu kamu keluarkn walau sesen pun utk mendapat rasa bahagia dn ketenangan itu.Betapa pemurahnya Allah.Carilah cintaNya, kenal pdNya.Disitu kamu kan temui erti KEBAHAGIAAN SEBENAR!!Harganya hanyalah rasa tawadduk seorg hamba pd penciptaNya. TUNDUK DAN PATUH PADA-NYA DGN RASA KEHAMBAAN.

---------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.

Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau pergi masjid tu, free je. Dah la takde cover charge, minum free bukan first drink je.

Berkoyan-koyan pun boleh. Silap-silap dapat makan free lagi...

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.

Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...

Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...

Silap² siap kena tangkap basah.

Ha... Boleh masuk paper free.

Kalau majikan tau, boleh kena buang kerja.

Lagi haru...

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere.

Bangun pagi takde breakfast, terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.

Laaagi best!!!

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.

Tapi, ngumpat punye sedap, kerja tak jalan. Yang kerja tu, bos tengok, habis kena haruk.

Yang suri rumah sepenuh masa pulak, suami balik tengok semua tak siap, tarik muka.

Pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.

Timah Janda pulak kena umpat...

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.

Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.

Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...

Suami balik tengok kerja semua siap, isteri pula terkumat-kamit berzikir.

Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.

Beban kerja pun kurang terasa...

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.

Kejar le harta dunia ni, makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai,

dunia tak juga dapat².

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadi zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.

Tak payah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru, kita pula dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.

Mana lagi best?***

P/S:tepuk dada tanya IMAN korang!!

Singgit dan Limaploh Inggit


Duit singgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit
Duit seringgit bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama'SURAU., MASJID.,
SURAU"

FIKIRKANLAH

Well... Nice joke of today.. Fastest Communication...



Nice sentences-dont delete without reading

3 Easy Ways to Die :


Take a Cigar daily - You will die 10 years early.

Drink Rum daily - You will die 30 years early.

Love Someone Truly - You will die daily.



1. A foolish man tells a woman to STOP talking, but a WISE man tells her that she looks extremely BEAUTIFUL when her LIPS are CLOSED.



2.. One GOOD way to REDUCE Alcohol consumption :

Before Marriage - Drink whenever you are SAD

After Marriage - Drink whenever you are HAPPY


3. Three FASTEST means of Communication :

1. Tele-Phone

2. Tele-Vision

3. Tell to Woman

Need still FASTER - Tell her NOT to tell ANYONE..


4.. Love your friends not their sisters. Love your sisters not their friends.


6.. Let us be generous like this : Four Ants are moving through a forest.

They see an ELEPHANT coming towards them.

Ant 1 says : we should KILL him.

Ant 2 says : No, Let us break his Leg alone.

Ant 3 says : No, we will just throw him away from our path..

Ant 4 says : No, we will LEAVE him because he is ALONE and we are FOUR.



7. If you do NOT have a Girl Friend - You are missing SOME thing in your life.

If you HAVE a Girl Friend - You are missing EVERY thing in your life.



8.. Question : When do you CONGRATULATE someone for their MISTAKE.

Answer : On their MARRIAGE.



9. When your LIFE is in DARKNESS, PRAY GOD and ask him to free you from Darkness.

Even after you pray, if U R still in Darkness - Please PAY the ELECTRICITY BILL.



10. Why Government do NOT allow a Man to MARRY 2 Women.

Because per Constitution, you can NOT BE PUNISHED TWICE for the same Mistake.

Tuesday, April 22, 2008

Surah Al-Khausar

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima
kasih.

SUAMI

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA...


JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori atau ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

Monday, April 21, 2008

Bahaya ooooo...

Terlalu.....


1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee...he...

Friday, April 18, 2008



Cerita yg bermula dengan huruf K:

Ketam ketip kuku kakinya.
Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau
kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih.. kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."
Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise utk lidah dulu ....

1.Cecahkan lidah ke lelangit atas dan kira lapan kali ...

2.Gulung lidah dan kira lapan kali lagi ...

3.Jelirkan lidah dan kira .... lapan lagiiiii ...


copot cahabat ciput
-------------------

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak.Ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak came. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi.Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...".Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...".Ciput cenyum cambil chow came copot... cekian...

Wednesday, April 16, 2008

Ujian..


Ujian Dementia

Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....


Ready? GO!!! (lihat bawah)







Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?




~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20.... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati



Mudah sahaja.

Stress Test

Stress test:

There is a very, very tall coconut tree, and there are 4 animals:

King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey.

They have a competition to see who is the fastest to get the banana.
Who do you guess will win?

Your answer will reflect your personality. Try and answer within 30 seconds

Got your answer? Scroll down to see the analysis.













































If your answer is .....

King Kong = Stupid

Orangutan = Flippen Stupid

Ape = You Fool

Monkey = You are an idiot


Why?????






Coconut trees don't have bananas.........!!





It's obvious you're stressed by your work.. Go home!!

Tuesday, April 15, 2008

Sape mau tullur...


Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


Subject: Kisah Diganggu ROH (seram neh)

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari... kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi
org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari
tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi. Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia. Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap alam.. tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia ..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?" Kata kawanku.


"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak....."

Thursday, April 10, 2008

Stupid Olympic..

Hahahahahhaha... have fun..


Ni baru semangat olympic... tol tak?

Kerja Kosong

TAWARAN KERJA SEKTOR KERAJAAN


Minat dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:

1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM

4. Berumur diantara 18-30 tahun. Sekiranya terlebih 2 atau 3 hari boleh diperimbangkan.


Kelebihan:

1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300

4. Elaun penginapan RM300

5. Uniform: RM150
6. Dobi RM60

7. Percuma kursus mempertahankan diri

8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan

dan mengambil ujian khas


Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2008 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

Jawatan:
1. Power Rangers

2. Kamen Riders

3. Ultraman

4. Sailormoon (wanita shj)

Wednesday, April 9, 2008

HIDUP

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.


Tuesday, April 8, 2008

Cara-cara

Rahsia Cara Wanita Berjalan
Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita berjalan dan mungkin selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki sedang memperhatikan mereka! Jadi apakah nasihat kami kepada kaum wanita? Jangan berjalan ..

Mengenai
cara berjalan , ianya ada kaitan juga dengan ' mood ' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' awek ' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si ' awek ' pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar , itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan !

Sebenarnya
asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit , apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan .




1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahua'lam.

Monday, April 7, 2008

IBU

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,

maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan

bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat

malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*