Tapi, pernahkh terfikir knapa org pergi masjid ramai2. Walau xkena bayar, mrk pergi juga bersolat. Pergi kuliah agama, free je..kenapa mrk pergi. Pastinya ada kebahagiaan disitu. Pastinya ada ketenangan disitu. Free..nikmat ketenangan & kebahagiaan yg hakiki hadiah dr Allah.Tak perlu kamu keluarkn walau sesen pun utk mendapat rasa bahagia dn ketenangan itu.Betapa pemurahnya Allah.Carilah cintaNya, kenal pdNya.Disitu kamu kan temui erti KEBAHAGIAAN SEBENAR!!Harganya hanyalah rasa tawadduk seorg hamba pd penciptaNya. TUNDUK DAN PATUH PADA-NYA DGN RASA KEHAMBAAN.
---------------------
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau pergi masjid tu, free je. Dah la takde cover charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boleh. Silap-silap dapat makan free lagi...
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap² siap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang kerja.
Lagi haru...
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh kekang nafsu.Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!!!
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, kerja tak jalan. Yang kerja tu, bos tengok, habis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa pulak, suami balik tengok semua tak siap, tarik muka.
Pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda pulak kena umpat...
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok kerja semua siap, isteri pula terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban kerja pun kurang terasa...
***Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejar le harta dunia ni, makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai,
dunia tak juga dapat².
***Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadi zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Tak payah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru, kita pula dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mana lagi best?***
P/S:tepuk dada tanya IMAN korang!!
1 comment:
menarik utk dibaca dan lebih menarik sekiranya diamalakan.
xcakap baik + xbuat = 0 kebaikan
cakap baik - xbuat = 1 kebaikan
cakap baik + buat = 2 kebaikan
so, rajin2 lah buat ye...
renung-renungkan dan selamat beramal!
Post a Comment